Followers

Kartun Bersiri - Sebuah Kerinduan Episod 2

Assalamualaikum

Ini adalah episod kedua daripada kartun bersiri SEBUAH KERINDUAN..

SEBUAH KERINDUAN episod pertama boleh dibaca disini


Sila klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas






Nantikan sambungannya dalam masa terdekat insyaAllah. Semoga mesej yang disampaikan dapat sama-sama kita hayati.. :)

Cinta Yahoo Messenger

sila klik untuk gambar yang lebih jelas

Sumber asal - Karya saya di Majalah Komik Al-Fityan edisi 3 terbitan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Ragam Suami Isteri







Kartun Buat Adik-adik Baru Qiraat Mansurah..

Assalamualaikum w.b.t.
Kartun kali ini adalah merupakan tips-tips kesihatan dan keselamatan bagi adik-adik baru Qiraat Mansurah, Mesir yang diuruskan oleh Unit Sambutan Mahasiswi Baru Mansurah, Mesir ,(USMB). Semoga mendapat manfaat dan menjadikannya sebagai panduan. InsyaAllah.


sila klik di gambar untuk besarkan

4 LATIHAN ROHANI

Sila klik di gambar untuk besarkan

Syarat- Syarat Taubat


"Syarat bertaubat seorang hamba kepada Allah :

1) Berhenti melakukan maksiat,



2) Benar-benar menyesal



3) Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak kembali melakukannya.

Sekiranya tiada salah satu antara tiga syarat tadi, maka tidak sah taubatnya.

Namun sekiranya perbuatan dosanya itu terhadap sesama manusia, maka ditambah satu syarat lagi, iaitu hendaklah dia meminta maaf kepada orang yang dianiayainya.





Semoga Allah jadikan kita hamba-Nya yang sering bertaubat dan menyesal di atas segala dosa yang kita lakukan...

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum. Saya Faridah binti Selamat, beserta suami Ustaz Ahmad Kamil bin Muallah dan anak, Umar Abdullah Ahmad Kamil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan ampunan daripada Allah swt. :)

Sila klik gambar untuk besarkan

Kartun Bersiri - SEBUAH KERINDUAN

Assalamualaikum. Ini adalah percubaan pertama saya untuk membuat kartun bersiri. Mudah-mudahan ianya bermanfaat dan mesej dakwahnya sampai.


Sila klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas.





3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati

Berkata Ad-Daqqaq:

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara :


1- Segera bertaubat



2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada)



3- Cergas beribadah



Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara,


1- Melambat-lambatkan taubat



2- Tidak pernah merasa cukup



3- Malas beribadah



Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah

Apakah Mood Anda Hari Ini?


Assalamualaikum wrt dan salam ceria.

Apakah mood anda hari ini?

Suka? Duka? Ceria? Sedih? Manis? Kelat?

Apapun mood kita, pastikan ianya tidak memalingkan kita daripada terus mencari redha Allah.

Anda gembira? Alhamdulillah. Namun pastikan kegembiraan kita bertepatan dengan kehendak Allah. Bukan gembira kerana melakukan perkara yang dilarang-Nya.

Anda sedih? Bersabarlah. La tahzan. Allah sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan kita.

Mudah-mudahan kita tetap teguh mencari redha-Nya walau apa pun mood kita.

Salam ceria... :)

Tentukan Pilihan


Kartun kali ni adalah kartun2 ana yang terdapat dalam pameran komik al-Fityan di Muktamar PMRAM baru-baru ini.. Semoga mendapat manfaat darinya..

Komen Terkini

Get Recent Comments Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...