Followers

MUSLIMAH SOLEHAH, HIASAN TERINDAH DUNIAWI

InsyaAllah ilustrasi ini akan dijadikan design yang akan dicetak pada t shirt muslimah keluaran AKHI UKHTI ENTERPRISE sedikit masa lagi.



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Ilustrasi - Matahati
Sumber artikel - halaqah.net

WE ARE BROTHERS


Assalamualaikum wrt..

Tuan-tuan yang dikasihi. Ukhuwwah adalah sangat penting untuk kita jaga. Ukhuwwah yang mantap, adalah antara sumber kekuatan yang sangat ampuh, yang boleh menggerunkan musuh Islam.

Oleh itu, marilah sama-sama kita pelihara jalinan ukhuwwah ini kerana Allah. Semoga Allah merahmati kita semua dan golongkan kita dalam golongan mereka yang berkasih sayang di bawah lembayung redha-Nya.

Grafik - Ukhti Matahati
Tulisan- Akhi Ibnu

Muhasabah - Antara Sebab Hati Tidak Bahagia

Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak ada dalam diri manusia


Pendendam - tersembunyi. Ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun dengan cara yang bagaimana sekalipun. Dia sentiasa berazam untuk menyakitkan hati dan menempelak orang yang dia dendami.


Tidak sabar - Apabila perkara kecil pun kita tak boleh sabar, apatah lagi perkara yang besar-besar.


Ego - Boleh dikatakan antara ibu kepada segala mazmumah. Ia membuat seserang berasa sangat tidak tenang. Orang yang ditimpa dengan penyakit ini sangat pantang diuji baik secara zahir ataupun yang batin.

Kartun Bisu - Nenek Oh Nenek..

sila klik gambar untuk besarkan imej..

Assalamualaikum wrt.. salam ukhuwwah..

Tuan-tuan yang dikasihi. Akhlak adalah sesuatu yang amat berharga. Amat-amat berharga. Kita perlu berakhlak kepada semua orang, lebih-lebih lagi kalau orang itu sudah tua dan tidak larat.

Kadang-kadang kalau kita naik kenderaan awam, kita akan melihat berlakunya situasi seperti di atas. Ada orang tua atau yang tak berupaya, dibiarkan berdiri sendirian, tanpa ada yang nak menolong. Mungkin ada yang berniat nak menolong, tapi perasaan segan dan malu tak bertempat menjadi penghalang. Dia bimbang orang kata dia nak tunjuk baik.

Sikap dan akhlak yang begini harus, bahkan wajib kita ubah. Berilah hak kepada mereka yang berhak menerimanya. Kerusi dalam bas seperti yang kita lihat dalam kartun di atas, adalah hak nenek itu. Namun tiada yang sudi memberikan tempat. Lihatlah kepada adik kecil itu. Walaupun masih kecil, tapi akhlaknya sangat mulia. Dan akhlak mulianya itulah yang telah menyentuh hati para penumpang lain... selamat menghayati.. :)

Kartunis - Matahati
Penulis - Akhi Ahmad Kamil

SUNAT vs WAJIB

sila klik gambar untuk besarkan imej

Komen Terkini

Get Recent Comments Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...