Jalan-Jalan Cari Kartun Islamik
by Matahati
Followers
SALAM EIDULFITRI - HUTANG
Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening dan bersabda:“Subhanallah… subhanallah, betapa beratnya yang diturunkan.” Seorang sahabat Ibn Jahsh berkata, “Kami memperhatikan keadaan Rasulullah itu tetapi kami diam, sehinggalah keesokan harinya saya bertanya kepada Baginda, “Apakah keberatan yang diturunkan itu?” Rasulullah lalu menjawab, “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup, kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya.” (RiwayatAn-Nasai).
SALAM EIDUL FITRI ... MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
MAKNA EIDULFITRI
Oleh : Akhi Ahmad Kamil
Tuan2 yang dikasihi..
Apakah makna Idulfitri?
Ia digabungkan dari dua kalimah, iaitu عيد dan الفطر.
Adapun عيد , maknanya adalah hari kebesaran, dimana ramai manusia berhimpun pada hari tersebut untuk menyambut satu-satu perayaan. Ia boleh juga diterjemah dengan 'kembali' kerana asal ambilan kalimah itu adalah daripada عاد يعود yang bermaksud kembali.
Kalau ada para pelajar lughah arabiyyah yang bertanya, 'Kenapa jamaknya jadi أعياد bukan أعواد?' . Jawapannya adalah kerana berlaku badal ataupun penggantian huruf daripada wau kepada ya. Dan dari segi sorof, ia adalah badal lazim.
Adapun الفطر, maknanya adalah berbuka. Boleh juga diertikan dengan makna fitrah.
Kalimah Aidilfitri yang biasa kita gunakan sebenarnya kurang tepat dari segi sebutan Arabnya. Namun ia bukanlah isu besar yang mesti kita bahaskan sangat.
Cuma apa yang penting adalah ketulusan hati kita dalam melafazkan ucapan itu yang sebenarnya adalah satu DOA.
Bila kita ucap Salam Idulfitri, maknanya kita seolah-olah mengucapkan Selamat Kembali Kepada Fitrah wahai saudaraku. Dan iniliah terjemahan Idulfitri yang paling saya suka.. :)
Rujukan - Lisanul Arab , Al-Mu'jam Al-Wasith
Subscribe to:
Posts (Atom)