Followers

SALAM EIDULFITRI - HUTANG






Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya ke langit, kemudian menundukkan pandangannya dan meletakkan tangannya di atas kening dan bersabda:“Subhanallah… subhanallah, betapa beratnya yang diturunkan.” Seorang sahabat Ibn Jahsh berkata, “Kami memperhatikan keadaan Rasulullah itu tetapi kami diam, sehinggalah keesokan harinya saya bertanya kepada Baginda, “Apakah keberatan yang diturunkan itu?” Rasulullah lalu menjawab, “Hutang! Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, jikalau seseorang terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup, kemudian terbunuh, kemudian hidup, kemudian terbunuh, sedangkan ia mempunyai hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sehingga dia menunaikan hutangnya.” (RiwayatAn-Nasai).

SALAM EIDUL FITRI ... MAAF ZAHIR DAN BATIN :)



MAKNA EIDULFITRI

Oleh : Akhi Ahmad Kamil

Tuan2 yang dikasihi..

Apakah makna Idulfitri?

Ia digabungkan dari dua kalimah, iaitu عيد dan الفطر.

Adapun عيد , maknanya adalah hari kebesaran, dimana ramai manusia berhimpun pada hari tersebut untuk menyambut satu-satu perayaan. Ia boleh juga diterjemah dengan 'kembali' kerana asal ambilan kalimah itu adalah daripada عاد يعود yang bermaksud kembali.

Kalau ada para pelajar lughah arabiyyah yang bertanya, 'Kenapa jamaknya jadi أعياد bukan أعواد?' . Jawapannya adalah kerana berlaku badal ataupun penggantian huruf daripada wau kepada ya. Dan dari segi sorof, ia adalah badal lazim.

Adapun الفطر, maknanya adalah berbuka. Boleh juga diertikan dengan makna fitrah.

Kalimah Aidilfitri yang biasa kita gunakan sebenarnya kurang tepat dari segi sebutan Arabnya. Namun ia bukanlah isu besar yang mesti kita bahaskan sangat.

Cuma apa yang penting adalah ketulusan hati kita dalam melafazkan ucapan itu yang sebenarnya adalah satu DOA.

Bila kita ucap Salam Idulfitri, maknanya kita seolah-olah mengucapkan Selamat Kembali Kepada Fitrah wahai saudaraku. Dan iniliah terjemahan Idulfitri yang paling saya suka.. :)

Rujukan - Lisanul Arab , Al-Mu'jam Al-Wasith

AKHLAK MULIA - KHIDMAT KEPADA GURU


Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi.

Kartun di atas hanyalah lakaran situasi seorang murid yang bersungguh-sungguh ingin membantu gurunya. Ya, pada zahirnya mungkin agak 'over' cara murid itu, kan. Tak mengapa, ia hanyalah imaginasi situasi yang diterjemah dalam bentuk kartun.

Apa yang penting adalah pengajaran yang tersirat di sebalik karya diatas. Ya, adalah menjadi satu kewajipan kepada seorang murid untuk berkhidmat kepada gurunya. Lebih-lebih lagi kepada guru yang mengajar kita ilmu yang membawa kita hampir kepada Allah.

Marilah kita sama-sama berkhidmat kepada guru. Kalau adik bertanya, " Bagaimana kalau guru tu tak mengajar saya?" , maka jawapannya adalah sama, iaitu berkhidmatlah kepadanya walaupun ia tidak mengajar di kelas kita. Adik-adik, kedudukan seorang guru (apatah lagi yang membimbing kita hampir dengan Allah) adalah sangat tinggi. Muliakan mereka, insyaAllah adik-adik akan jadi mulia disisi Allah.

Amar Makruf Nahi Mungkar

Assalamualaikum wrt. Daud dan Manap adalah dua orang sahabat yang sangat berlainan karakter. Ada kisah yang berlaku dan mungkin ada pengajaran yang boleh sama-sama kita ambil manfaat. Selamat membaca.

p/s - abaikan perkataan 'episod satu' pada muka surat pertama ya.
      - sila klik di gambar untuk paparan yang lebih jelas.





Komen Terkini

Get Recent Comments Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...